Ciri-ciri fizikal Charok Pumuk

Sungai Charok Pumuk berpunca di Bukit Koh Mai (Bahasa Thai: เขาไหม้ใหญ่code: th is deprecated ; RTGS: Khao Mai Yai), dengan anggaran ketinggian dari atas min aras laut mencecah 554 meter (1,817.6 ka). Sumber sungai Charok Pumuk terletak di barat kawasan perkampungan Kampung Seraya di Mukim Batang Tunggang Kiri, dan terletak berdekatan dengan sumber saliran lain seperti Charok Koksan.[4][5] Charok Pumuk akan bergerak ke penamat nya dengan pergerakan ke arah selatan, dengan menelusuri kawasan perhutanan dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) Koh Mai. Charok Pumuk diteruskan hingga di penamatnya, di pertemuan antara Sungai Agon (atau Sungai Agong) di ketinggian dari aras laut iaitu 74 meter (242.8 ka) di dusun buah-buahan yang ditanam oleh penduduk Kampung Pumok.[4][5]

Rujukan

WikiPedia: Charok Pumuk http://neo.sci.gsfc.nasa.gov/view.php?datasetId=MC... http://neo.sci.gsfc.nasa.gov/view.php?datasetId=SE... //doi.org/10.1080%2F17538947.2020.1829112 //doi.org/10.7927%2FH49C6VHW //doi.org/10.7927%2FH4D798B9 //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Charo... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Charo... //geohack.toolforge.org/geohack.php?pagename=Charo... https://books.google.com/books?id=tTo9AAAAIAAJ https://sedac.ciesin.columbia.edu/data/set/anthrom...